Encik Hamdan selambe je lepak sambil tengok TV walaupun azan maghrib dah lama berlalu.Sebenarnye bukan setakat maghrib je beliau buat derrrkk malahan semua waktu sembahyang pun beliau buat tak kisah.
Encik Hamdan mempunyai seorang anak yg amat disayanginya berusia 5 tahun bernama Ali. setiap kali maknya sembahyang, Ali akan duduk menengok maknya sembahyang dan memandang ayahnya yg malas semayang.
Kerana terlalau sygkan anaknye boleh dikatekan setiap kali balik keje macam2 mainan dibelinya kerana anaknye ini seorg yg bijak.. Encik Hamdan jugak membeli berbagai2 video games dan permainan berbentuk perlawanan spt catur, karom, dam dsbg.
suatu hari, encik hamdan berasa boring dan tak tau nak buat ape..tiba2 beliau teringat kat anaknye yg bijak itu.
"haa.....ape kate aku ajak Ali lawan dam." beliau berkata sendirian.
"Ali,ooo Ali...mari lawan dam dgn ayah nak tak?" Encik Hamdan memanggil Ali.
"okey....buleh." Ali berkata gembira.
Maka berlawan laa dua beranak itu.walaupun Ali masih kanak2 lagi tp bukan senang nak mengalahkannya krn dia sgt terer bermain dam. tapi setelah agak lame berlawan akhirnya encik hamdan berrjaya naik haji setelah bertungkus lumus mengatur strategi dan kejayaan itu amat menggembirakannya.
"yahuuu!!! yihaaaa!! Ooyeahh!! ayah dpt naik haji! ayah dpt naik Haji!!" encik hamdan terus bersorak gembira.
"eh?? org tak semayang pun buleh naik haji hugak ke?? tiba2 anaknya berkata selambe walaupun dlm hatinya takde niat nak mengecikkan hati ayahnya itu.. ye laa budak2, dia cakap ikut sedap mulut je.
tapi kata2 anaknya itu benar2 menusuk jantung hatinya, serta merta encik hamdan terdiam dan terus berasa insaf dgn perbuatannya yg malas semayang itu. sejak itu beliau tak pernah lagi tinggal semayang....